rss

...KhAs UntUk MaK...

Posted by KAIRA SENSEI...

Mak…sungguh along lah insan paling bertuah atas mukabumi ini kerana mempunyai emak sehebatmu. Alonglah juga anak yg paling bertuah krn mempunyai emak setabahmu. Kesabaran dn pengorbananmu tiada batasnya. Kasih sygmu lahir begitu tulus dan suci untukku. Maka engkaulah yg plg kucintai setelah Allah dan rasulku…syurgaku ada dibawah telapak kakimu..maka izinkan along menciumnya, izinkn along sujud pd syurgaku itu.

Ampunkan along mak, kiranya dlm tempoh 21 tahun ini, along pernah membuat mak begitu susah hati dgn kerenah along..ampunkan along jika dlm tempoh 21 tahun ini bicara along pernah mengguris hati mak..ampunkan along mak jika dlm tempoh 21tahun ini pernah along mengingkari permintaan dan suruhan mak.

Mak, sungguh segala kecacatan dn kekurangn itu krn along masih mencari2 resepi kehidupan. Masih merangkak2 along mengenal hidup yg mmg selalu menguji. Ampunkn along mak….sepanjng tempoh ini jika along gagal menjadi anak yg terbaik buat mak, gagal menjadi penyejuk mata buat mak. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, along pohon ampun pdmu duhai mak.

Mak..walau diberi sepanjang hayat kesempatan pun, nescaya xcukup untuk along membalas segala jasa dan pengorban mak dlm membesarkn along. Malah tidak mampu juga along bayar atau meletakkan harga utk air susu mak yg telah along teguk. Tiada harganya utk along letak demi membayar segala jerih payah mak mendidikku, memberi segunung kasih syg mak untuk along, memeluk along saat along ketakutan, menyuapkan makanan ke mulut along, mendodoikan tidur malam along…..harus bagaimana along membalasnya jika tiada harga utkku bayar. Hanya yg termampu along lakukan, menyedekahkan sebanyk2 doa buat mak, Moga Dia menyayangi dan mengasihi mak seperti mana mak menyayangi dan mengasihi along sejak kecil hingga ke saat ini.

Walau along makin dewasa, namun along masih tetap anak kecil mak. Masih along perlukan dorongn mak, pelukan mak, kasih syg mak. Tiada apa yg pernah berubah….meski along makin dewasa dlm meniti perjalanan ini, namun along masih lagi anak mak yg sama seperti 21 tahun yg lalu. Along masih mengharap doa mak utk berjaya, masih along mengharap redha mak dlm apa jua yg along kerjakan..masih along perlukan persetujuan mak dlm mencari jodohku. Tidak akan along membelakangimu walau sedikitpun untuk masa depanku. Kerana engkau segalanya buatku. Dari along lahir..hinggalah saat along melihat duniaNya buat kali terakhir, engkaulah insan yg paling dekat dihati along.

Ya Allah..aku menyayangi dan mencintai ibuku krnMu. Aku begitu cintakannya..tolong Engkau lindungi ibuku selalu dr segala2 nya. Selalulah Engkau ukirkn senyuman di wajahnya, supaya kutahu ibuku sedang berbahagia dgn hidupnya. Selalulah Engkau payungi dia dgn rahmat dn kasih sygMu yg tiada bertepi itu. Ku xmampu membalas semua kebaiknnya utkku…aku xmampu YA Allah membayar segala pengorbanannya utkku.


Oleh itu, didiklah aku Ya Allah, supaya mampu menjadi anak solehah yg terbaik buat kedua orgtuaku. Agar mereka merasa bahagia selalu dgn kehadiranku, agar mereka sejuk hati tatkala melihat wajahku. Jadikan aku anak solehah, yg selalu mendoakn kebahagiaan orgtuaku. Kerana dibawah telapak kakinya surgaku ada….krn dibawah redhanya kejayaan dn kebahagiaan itu ku raih. Ibu, engkaulah permata hatiku dunia dan akhirat. Sayangmu kubawa hingga ke syurga.

ditujukan khas buat ibuku
Puan Norma Haji Mahamood...

along sayang mak......

0 Responses to "...KhAs UntUk MaK..."

Leave a Reply